Sunday, 10 April 2011

SanggupKah Kita

Aku rasa sanagt bertuah dilahirkan di dunia ini.. Di mana aku berada sekarang.. aku rasa sangat beruntung dipilih untuk dilahirkan di dunia ini.. Setiap hatri dalam fikiranku ini adalah, pernahkan aku mengguris hati dan perasaan ibu bapaku ketika aku kecil sehingga aku telah bergelar ibu...

Aku telah pergi melawat sebuah rumah kebajikan warga emas NUR EHSAN... Di mana kebanayakkan ahli warga emas itu adalah ibu bapa yang telah di buang oleh anak2 kandung mereka.. Sungguh piu hati ini melihat seorng pak cik membacakan puisi... Kalaulah anak mereka mendengar, masihkah ada rasa ihsan dalam diri anank2 mereka.. Tidak kusangka, semakin ramai anak2 zaman sekarang yang keras dan kejam hatinya kerana TERGAMAK meninggalkan ibu bapa mereka tanpa arah tuju dan tempat berteduh..

Sudah lupakah wahai anak2 bagaimana kita dibesarkan dari kita berada dalam kandungan sehinggalah kita berpijak di bumi yang indah ini... Sudah lupakah kita bagaimana ibu bapa kita berkorban demi menjaga dan mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berjaya... Namun, bila sudah berjaya, kita lupa akan ibu bapa, kita anggap mereka menyusahkan kita.. kita rimas melihat mereka berada dalam rumah kita.. mengganggu privasi kononnya.. Hai anak2, janganlah kamu berhati durjana, hilangkah rasa kasih sayang terhadap ibu bapa kamu.. Ingatlah, kita hanya ada satu ibu, dan satu ayah... Janagnlah seseklai kita mengabaikan mereka.. bersabarlah dengan mereka sepertimana mereka telah bersabar dengan karenah kita...

Semoga ALLAH S.W.T memberikan balasan yang setimpal terhadap anak2 yang derhaka dan tergamak meninggalkan ibu bapa mereka... Biarlah mereka rasakan apa yang telah mereka lakukan terhadap ibu dan bapa mereka..

No comments:

Post a Comment